Nov 16, 2014

My Journey to Clear Skin Part I


Assalamualaikum!

Hai. Selamat berweekend :)
Today I'm gonna share about my amazing experience.
On how I heal my face.
I'm still on the journey towards clear skin.
We all are.


So let me cerita sedikit, mungkin ade orang yang dah tahu.
I suffer with acne since I was 17, 18 years old.
Kalau bukak balik gamba2 time tu, pehhh.
Memang mukaku ini menjadi tempat lepak fevret
mahluk2 yang bernama jerawat!
Jerawat batu, pasir, aggregate, tar semua ada.
Tak tahulah sebab hormon ke ape, nak kata pemakanan memang bukan.
Sebab I pernah jadi vegan sekejap, just to see how it will affect my complexion.
Nehhhii, langsung takda beza.


Memang down lah kan sebab rasa macam orang tengok muka kita ni geli jek..
Dah lah kulit berminyak, nanti orang cakap eeee, pengotor, tak cuci muke.
Padahal kite cuci punyalah gigih, orang mana nampak kan?
Rasa macam keluar tu nak pinjam topeng Encik Mimpi..
(eh tipu lah time tu Encik Mimpi tak wujud lagi dalam kamus)
:p



Dah tentu la korang tanye kan, tak try ke produk2 mahal kak ton ke bla3..
Well3, don't let me start on products.
You name it, I've tried it!!


*Clinique 3 step
Beli mahal dekat Best Buy World pastu pakai sekali dua, tak sesuai dengan kulit, tumbuh bintik2 :(
Sampai ke sudah ade kat dalam bilik air tu, buat shower gel Y-Y

*Dermalogica
Pegi facial masa Matrix. Perrghh RM400++ yelah, time tu duit takde kot (macamlah sekarang ni banyak duit :p) Beli skali set dia yang kecik tu, try. Hmm.

*Safi
Ni sebab tengok ada sorang kawan kulit bersih, tanya lah dia pakai ape. Dia cakap oh, jarang cuci2 muka ni, kalau cuci pun pakai Safi je. (huntong hidup ko nak, ada genetik kulit bersih). Aku pun pakai la. Hmm. Hmm.

*Seba-Med
Ok yang ni ada harapan sikit. Sebab produk dia macam ala2 ubat kan. It does work. But after a few month, immune Y-Y

*SKII
Yang ni masa tu pakai toner dia je, so takleh nak conclude if it really works, cuma boleh cakap,
no difference made. Yelah, hengko expect lepas pakai product mahal boleh la muke berubah jadi cun macam ......(sila isi nama sape2 yang cun) kannn..

*Produk2 di kaunter
Avene, Loreal, Za, Garnier, Clinelle, Eucerin, Shurah, Neutrogena, .....dan banyak lagi tak ingat.
Oh produk2 ni bukan aku tenyeh sekaligus dalam satu masa tau! Aku tak sejahil itu. Tapi ni semua aku try dalam jangka masa dari aku 17 tahun sampai 24 tahun (8 tahun tuuu). Sebab proses nak cari benda yang sesuai dengan kulit ni, never endss.. And I wont give up on you bebeh!

*Ubat makan.
Doxycyclin. Ubat ni kalau korang gi jumpa doktor kulit, dia mungkin akan prescribe. Sejenis antibiotik untuk jerawat. Entah, aku bukan doktor, aku tak tau. This one works for a while, and then macam biase, lepas a few months it becomes immune.

Korang mungkin tertanya-tanya, eh, tak try .......(jenama skincare tempatan yang berkoyan-koyan iklan dalam Mingguan Wanita)?

Hmm let me susun ayat yang paling tak menyinggung mana-mana pihak. Like dis la, kita semua kan ada pilihan :) I choose to trust product dekat pharmacy, yang over the counter, yang dijual di market bertahun2 yang sudah sah taraf nya, dan diformulasikan oleh REAL SCIENTIST in laboratory. And I DID A LOT OF RESEARCH ON CHEMICAL INGREDIENTS online (rasanya nak buat thesis pon layak dah :p). Ok.

Bukan nak kata produk itu ini tak bagus, tapi yelah, kadang2 aku tengok produk tu, ingredients dia tulis aleo vera, cucumber extract, pastu harga mengalahkan Clinique. Tapi oleh kerana duta dia retisss yang cantik and letops, korang percaye je, beli dengan harapan nak cantik macam dorang. Tapi tak sedar ko spend pada produk yang ko boleh petik blakang rumah. Hmm. Terpulang, duit hengko bukan duit haku.

Lagi satu, ada terbaca tak, produk bla3 ni, ada mercury, tak dapat sijil KKM, itu ini.. Kadang2 kita ni kemaruk nak putih sangat, sampai tak sedar tenyeh benda2 merbahaya kat muka. Ape hengko nak jadi mutant? Kalau mutant hensem macam Volverine takpe jugak. Pastu lagi satu, tengok produk ni contoh dia..


"Diformulasikan oleh Datin Mentimah dari Golok"
Hebat gilaaa Datin Mentimah, agak2 kat rumah dia ada kawah beso atas api, pastu dia campak ekor cicak, pokok betik, sepanar, herba misai kucing, daun bawang, bulu dada wayne rooney, and then setelah dibiarkan mendidih selama 8 hari 8 malam, whoooshhh, jadilah pencuci muka yang paling hebat di dunia!


"Founder Cik Puan Dugung binti Ikan"
Cik Puan dugung ada degree, jangan memain ko.. Tapi Degree Major In Bisnes and Architecture, dengan Kepujian dalam subjek Kebudayaan Uganda tahap Langit ke Tujuh. Tah macamana boleh terjebak bidang kosmetik pulak la kann. Tapi Cik Dugung cun dan suka up selfie muka flawless, so haruslahhh produk beliau mesti berkesan~


Terimalah kenyataan bahawa jika anda mempunyai modal RM250-300k, anda juga boleh menjadi seperti Datin Menti dan Cik Dugong. No explanation needed. Kbai.


Oleh sebab dah membebel secara tak sengaja, post ni pun dah jadi panjang and still
tak mencapai objektif sebenar xD


See you on next post, stay awesome!!


No comments: