Mar 24, 2015

Cara Solat Dhuha


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام

Credit to blog; shafiqolbu

P/s: Semoga dapat amalkan dengan konsisten. Cita-cita untuk ke arah kebaikan tu penting ye anak-anak, even selalu terlajak subuh denesor T-T 

Mar 6, 2015

Self Motivator








Mari Belajar Sastera


Assalamualaikum..

Ini hasil bersiar-siar kat FB harini.
Banyak betul berita pasal MLM.
Masalah orang melayu itulah..
Semua nak cepat kaya..
Agaknya dorang lupe ke pesanan Bob Marley..




Ok anggaplah "she" kat sini adalah DUIT..

IF SHE'S AMAZING, SHE WONT BE EASY

Maksudnye:

NAK DAPAT DUIT TU, BUKAN SENANG
KENA KERJA
NAK-NAK KALAU KO BUKAN ANAK ORANG KAYA
ATAU ORANG BERPENGARUH
KENA KERJA START DARI BAWAH.
JADI KULI BERTAHUN-TAHUN.
KALAU ADA REZEKI, NAIKLAH SIKIT2.
REZEKI.
INGAT LAH REZEKI TU BUKAN DATANG DARI ORANG.
TAPI DARI ALLAH.
AND KEKAYAAN TU TAKYAH DICARI.
CARILAH "CUKUP"
CUKUP ADA MAKAN, PAKAI, KENDERAAN BERTAYAR
UNTUK MENJALANI HIDUP SEHARIAN.
TAKYAH COMPARE HIDUP ANDA DENGAN ORG2 LAIN.
KALAU NAK COMPARE, COMPARE DENGAN
ORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK
SUPAYA ANDA BERSYUKUR.

_____________________________________________

IF SHE'S EASY, SHE WON'T BE AMAZING

Maksudnye:

Kalau bende tu
MENJANJIKAN WANG DENGAN MUDAH.
SOUNDS TOO GOOD TO BE TRUE.
JANGANLAH TERJEBAK.
MANUSIA, BERCAKAP MEMANG MUDAH.
YANG KITE PULAK PERCAYA JE
APE KELUAR DARI MULUT ORANG.
YELAH.
MACAM MLM.
SAPE LAGI YANG NAK TIPU ORANG MELAYU KALAU
BUKAN ORANG MELAYU SENDIRI.
GUNALAH GOOGLE UNTUK MENILAI.
KALAU TAKDA GOOGLE, GUNA OTAK.


Sekian itu saja kajian sastera hari ini.
Eh 2 line je puisi aku kaji?
Haha.

Well,
To me, kekayaan tu bukan ada pade kereta mahal,
rumah besar, beg baju branded, berjalan keliling dunia.

Kekayaan tu.
Entah, aku pun tak tahu.
Yang aku tahu satu hari nanti aku duduk dalam tanah,
sorang2, dalam kain putih, masa tu aku cuma akan fikir,
ape amal baik yang aku buat, ibadat wajib aku cemana,
A+ ke TIDAK HADIR ke... Aku pernah sakiti orang ke,
benci, dengki, iri hati dengan keluarga sendiri ke..
Aku berdoa supaya aku dapat tenang time tu,
knowing that I did my best all my life dalam semua
aspek dunia dan hereafter..amiin.


Thank you for reading,
Yours truly
Aji.




P/S: Pesanan abang aku yang sudah makan garam berkilo-kilo:
Orang kalau dah kaya, dia takde kisah la cari kau join itu ini,
konon nak bantu bangsa sendiri lah itu lah ini lah.
Lebih baik dia duduk rumah, tambah lagi kekayaan dia.
Tak pun bagi kekayaan dia kat sanak sedare dia.
(macam orang yang betul2 kaya buat)

P/Ss: Yang terkini dan paling bodoh aku denga orang melayu
MLM jual adalah STIKER JIMAT MINYAK.
Yang jual tu bodoh,
yang beli 18 kali ganda bodoh.
Sekian.