Apr 16, 2014

Tips Tambah Tinggi


Peace be upon you

Tahukah anda, beberape bulan yang lalu I came up with this theory
"Semakin kurus anda, semakin tinggi anda kelihatan"
Aaaand, untuk menyiasat hipothesis itu, aku pun cuba experiment..

A few months later, ternyata..aku sedar
aku tidak mempunyai pembaris panjang untuk mengukur ketinggian
jadinya..
Ia masih tidak terbukti.. kah3!

Aaanyway, suatu keajaiban telah berlaku, di mana ada orang menegur ketinggianku
yang seakan-akan telah bertambah.. :3
jeng3..



Sila klik untuk mengurangkan penyeksaan terhadap mata

Tipu je sebenanye tu..
Aku masih dengan ketinggian dahulu, iaitu 16x cm.. Y-Y
Namun, untuk tak mengecewakan mana2 pihak, ini lah dia tips2 nak 'nampak tinggi'
or nak 'tambah tinggi'
sukati ko lah..
tips ni aku mengarut aje, takyah la pecaya sangat..
hahaha..


1. Pakai seluar skinny (only valid if kaki kurus)

2. Pakai warna hitam (hitam always work!)

3. Pakai kasut tinggi (duhhhhhhh)

4. Rajin melompat sejak kecil (betul ni dulu cikgu aku cakap)

5. Amalkan stretching setiap pagi (dekat youtube berlambak, cari sendiri)

6. Lepak dengan kawan2 yang rendah (ini kejam okey)

7. Buat pembedahan tambah tinggi, RM200k aje (untunglaa kaye)

8. Ambil gambar dari angle yang nampak tinggi (kamera jangan tinggi bebeno)

9. Postur kena sihat, jangan bongkok (sapela dulu suke tegur postur aku..)

10. Masa kecik makan Calciyum. (heh? mase aku kecik dlu tak wujud lagi haa)


Aaaaanyway lagi. Biarlah anda rendah ke tinggi ke. Yang penting anda tak menyusahkan orang. Tinggi tu semua fizikal, jangan judge orang semata-mata sebab fizikal mereka. Mereka bukan objek okey, mereka ada perasaan. Paham? So lelaki kalau pompuan mengata tentang ketinggian anda, usahlah berasa insecure, cause you are amazing just the way you are :)





Haa boring2 ter search pulak kan tinggi mahluk2 ni.. Tengok tu Ariana Grande, 153cm je tau, comel gilossss..



Selena Gomez 165cm je.. Aku lagi tinggi :p 



Orang putih, standard aaa tinggi.. Genetic!


Kthnxbai.


Hoi Fairuz!!



Update blog cepat!!
Jom laaa buat bisnes (tak abis2)
Belikan aku SKII, ko kan kaye..
Meh la keje KL, sini banyak pencemaran tau, best.. Y-Y
Oklah bai..


Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh tonik cap gajah.. muehehehe



Kain gajah, mai peberet!!

Tiada Jodoh



Assalamualaikum

Harini aku nak mengarut sikit, dalam 2-3 perenggan..
Kasi chan laaa..

Sebenarnya masih dalam mood frust nih.. Sebab ape, selalu aje clash jadual dengan cik adip.. Rasanya dah plan nak pegi TS dengan dia sejak 2 bulan yang lalu -_- masih belum tercapai.. punya lah busy nampak tak?? Lepastu last week ajak dia pegi Jalan Tar, memang tak tercapai sebab aku balik kampung, dia pun kerja..

Semalam lepas lunch plan lagi, sebab this weekend free.. Dia pulak mau balik somban, Sofia kawen.. Muahahaha (gelak dalam kesedihan) Y-Y walhal TS dengan Jalan Tar tu, sekakangkang kera je. Haiyooo..

Ok misi nak pergi tu, sebab nak cari tudung.. Sebab baru perasan masa skrol gambar kat FB.. ada laa orang tu, gambar dia semua tudung sama, baju sama, rotate2 benda tu je dia pakai.. Tapi ko jangan nak fitnah kata dia tak basuh, dia basuh tau!! Dia cuma.. erghhh.. (jap nak fikir sebab)..

Yelahhh untung la awek ko lawa, model.. Setiap kali keluar rumah kena selfie, upload dekat instagram.. Tunggu dia bersiap average ade la dalam 25 tahun.. Pakai high heels.. lepastu boleh gurau manje "eh awak pakai high heels pun pendek.." anyonyonyonyonyo..



Nah amik ko juling mato tengok selendang


Sape tanak cantik, semua orang nak cantik.. Tapi tak baik lah kan kalau pandang yang cantik aje, siape pulak nak pandang kite yang biase2 ni.. Aku ade je hasrat dan niat suci nak pakai shawl selendang lawa2.. tapi apekan daya.....


Shawl lilit2 juntai2 berumbai2 memang tak sehaluan dengan :

a) Bentuk muka aku yang macam selena gomez (tolong kasi chan skali lagi)


Huehueheuheuehue

Mahluk halus punya lemak, even aku sudah kurus, ternyata pipi aku tak pernah kenal erti kurus! huh! Bila pakai shawl secara otomatik, tanpa perlu menukar gear - pipi terkeluar, muka jadi telur, hidung penyek, dagu membesar bak juara. Siape yang penah mengalami je tahu perasaan dia.. Siape yang muka cantik bujur sireh tu, syukurlahhh, sila pass genetic tu ke aku sikit.. Muahahahaha..




b) Motosikal dan helmet T-T


Tahukah anda, fullface ini hensem??


Cuba kau bayangkan, kalau pakai wide shawl lawa macam Irene Nadia tu, lepastu kena bawak moto.. Rintangan angin dari 18 desibel dah jadi 180 juta kilojoule tahu?? Kena pulak nak cilok2 celah lori time jammed, ade karang terbang2 tersangkut kat mane2, maka mohon sedekahkan Al-fatihah dan heshtag #ripriderwideshawl #sapasuruhmiskintakmampupakaikereta.
 
Kes helmet pulak, setakat ni aku ada 5 helmet, cuma 1 yang mesra tudung (tapi tak pass JPJ pulak aih). Yang lain, memang bukak2 je, tudung yang telah di bentuk rapi sebentar tadi telah pun menjadi haiwan liar. Hangin satu badann.. Yelah, nanti aku inovasi kan helmet yang bergaya dan mesra tudung ye.. Tengoklah.. Esok ke.. Lusa ke..


Ye? Nak kentang lebih?



c) Perangai malas shaiton

Apesal shaiton pulak yang kena ni? kah3.. Dah nama orang bujang, haruslaa malas.. (tipu je, orang bujang kena rajin okey, nanti dah kawen jangan nak harap bini jek semua). Kelas kul 8, pukul 8.05 bersiap.. Dah tang mana pulak nak berfesyen bagai. Dah kerja ni kadang2 bagus jugak la ada usaha, tapi still takde nak mengadap depan cermin berlama2.. AIN'T NOBODY GOT TIME FO DAT! doakan lah aku ni berubah supaya jadi rajin tahap dewa ye..Tengok tu, doa pun suruh orang.. Shaiton sungguh pemalas itu~ puiiii!


Expectation


Reality

Oh ye model chun tu aku masih tak get over dia punya chun.. Semalam post kat twitter harini kat blog pulak.. Muahahaha.. Sila berkenalan dengan beliau, beliau sangat cantikkk T-T

Ok tipu kata nak mengarut 2-3 perenggan, ni dah 20-30 perenggan. Pape pun, hensem atau tak hensem itu tidak penting tapi yang penting ialah akhlak mulia. Muke lawa pun terhegeh2 dekat laki orang nak buatpe.. yedokkkk..

Renung2kan dan selamat beramal


Kbai.


Apr 10, 2014

Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum.

Anggap lah aku menggunakan kalender alien berkepala tapir di mana semalam ia baru menyambut tahun baru padahal sudah pun menjengah ke bulan 4. Kwang3.. Haa lah, masih belum terlambat kan. Kalau engko nak kate lambat pun lantak engko lah, asalkan engko tak mencemarkan alam sekitar dengan membuat pembakaran terbuka.

Jadinya tahun baru bulan baru harus lah ada update.
Update pun sebab dah bercita2 nak blogging semula selepas menyepi selama.. entah berapa lama.. Sepuluh purnama setengah suku malam kot? (ayat sape ntah ni)

Ada orang kata aku dah stop blogging sebab dah ade "pakwa"..
Di sini sy sekerasnya menafikan sebab apa kono eh jang ape kene mengena pakwa dengan blog..
Kalau ada pakwe syok ape bole update blog letak gambau pi dating, gambau konvo sesame ke kan..
Malangnya pemilik blog ini sebenanya foreveralone maka hasrat itu tak tercapai tapi bagi sesape yang nak tengok post blog pasal date dengan pakwe boleh lah visit budaksekolahhorny.blogspot (tipu je ni sape pecaye dasar birah)

So tanpe melengahkan mase, updates!

Aku sekarang kerja. Tiap hari bangun pagi mandi semayang pakai baju, pigi kerja, balik kerja, mandi, tidur. Repeat until die. Hahaha.

Masih setia bersama KaiSaRa kuning. Walaupun lelaki yang dulunya menyukai aku kerna aku membawa KSR sudah pun pergi ditiup angin lintang. Muahaha.

Aku masih dengan cita2 yang sama. Sedang mengumpul modal lah kiranya. Nak jadi bisnesman je belum, sesapa yang nak bisnes partner sila pm. Bisnes partner aku ada da, tapi dia tengah busy dengan day job dia, hari2 balik pukul 10 malam.

Skill drumming aku masih teruk, bahkan bertambah teruk semenjak tak sempat prektis dek busy dengan hal duniawi akan tetapi di mana ada kemahuan di situ ada buah pisang yang baik untuk melawaskan berak.

Fizikal pula, aku sudah mengurus dengan jayanya tanpa bantuan korset, bengkung, mahupun pil pelangsing. Jangan tanya bagaimana sebab kalau aku tahu bagaimana sudah tentu aku sudah menjadi usahawan jamu seperti Kak Ton. Comel tak Kak Ton??

Bidang pelajaran pula..eh aku sudah pun tamat pengajian tapi ternyata aku merindui zaman belajo di UTHM dahulu. Wuuu.. T-T Percayalah zaman belaja kat U is the best years of your life. So kepada sesape yang masih belaja, enjoi lah puas2 membina memori gittew.. (jangan buat maksiat sudah, aku tak suruh okey)

Sekian itu saje untuk hari ini.. Nanti aku edit post letak gambar supaya less hambar..
Ok rhyme, da bole jadik rapper lah aku.

kthnxbai.




The Return of the King versi 2.0


Assalamualaikum,

King yang dimaksudkan di sini bukan lah King Joffrey mahupun king kong..
Tetapi king yang pernah menetap di parit king selama 4 tahun..
Iaitu.. Jeng3.. King Aji!

Ok memang hambar intro tersebut..
Sebenanye nak kata, harini bangun pagi (lepas tekan butang snooze 18 kali)
tiba2 terasa nak menulis..
Rasa nak start blogging balik..

Rasa lah kan,
Harap2 rasa tu berkekalan dan tak musnah oleh waktu
Lame gila tak update sebab ape?
Haaa sebenanya sebab mim alip lam sim- buaye
dah itu aje..

 Mengantuk gila kat ofis dari tadi tak abis mengaler pelan ni..
zzzzzz...


Ini lah aku klu nak tahu. Klu tanak takpe kthanxbai.