Mar 6, 2013

Takde bakat


Fakta useless hari ini:

Aku mempunyai one-way brain

tidak mampu untuk membuat beberapa perkara spontaneously.
ajaib, sebab cita-cita nak terer main drum
seorang drummer kena bagi 4 otak beliau tahu!
tangan kanan
tangan kiri
kaki kanan
kaki kiri
masing-masing ada haluan sendiri

practice makes perfect lah
oh semalam belajar lagu tu
dah hafal beat dia
tapi sambil buat kalau nak nyanyi sekali mesti berterabur

mungkin sebab tu kot
sebab hafal
dia tak boleh hafal
kena biar bergerak secara semulajadi?
eh macam mana tu

ahh aku dah agak dah
pemain drum terer2 kat youtube tu
mesti ada bela-belaan!!


p/s: aku jugak takde bakat memasak. masak tak sedap. tapi takpe sendiri masak sendiri makan, apedehal..

Feb 27, 2013

The return of the King


After 2 monnths inactive..
aaand now I am back from hiatus!


oh kenape menghilang?


entahlah kadang-kadang rasa macam melagha tulis blog ni
lepastu takut tersilap tulis nanti orang misunderstood and assume bukan-bukan
then fikir-fikir mana tahu ter post sesuatu yang ohgodwhy, then its gonna be on the net forever :E
so aku melakukan muhasabah diri

abang aku pernah kate dulu..
setiap benda yang kite buat dalam dunia ni, later kat akhirat akan dipersoalkan
contoh macam..
err..

ko post komplen pasal jadual sem ni yang berterabur, 
atau tentang housemate ko yang lepas berak tak flush..
takpun hal keduniaan seperti gossip artis melayu yang ni nak kawen ngan yang tu, yang tu putus cinta..

ade ke kebaikan dari post tu yang boleh menambah pahala? kalau boleh, bagus :)
kalau tak boleh? :( kan sia-sia..
tak lupa jugak gossip = mengumpat
tak masal dosa kering di bank in ke akaun setiap hari

Jadi
bagi mengelakkan sebarang perkara di atas daripada berlaku
aku pun di sini ingin membuat disclaimer:



Segala isi blog ini adalah remeh dan bertujuan melepaskan gian aku menulis semata-mata.
Ia tidak ada kaitan dengan insan yang masih hidup atau telah meninggal dunia, unless stated.
And no, I wont beach about random person for no reason.
I probably gonna beach about some issue and attitude, but never a person.
Bak kata pepatah, "hate the sin, not the sinner"

Sebarang yang baik boleh dijadikan teladan jika mahu.
Sebarang yang buruk boleh la masuk mata kanan, keluar mata kiri.
dan yang lagha itu hanyalah kegiatan waktu lapang.
Read at your own risk, nobody force you to :p
Last but not least;


.




Sekian, telima kasih :)

Jan 8, 2013

Ape punya soalan tak bagi fomula..


Harini aku bangun pagi..
eh bangun ke..
terlelap lepas subuh, sedar2 pukul 7 pagi..
sebelum tido dah mandi siap

lepas solat subuh selak nota sikit..
minum air masak
pukul 8.30 pegi exam
tengah exam mulut bau petrol

kuat bau petrol
omg, sapa tuang petrol dalam mulut aku time aku tido?
patut pun rase laju je harini
RON97 agaknye..



Anggota badan aku memang pelik. Rambut kalau tak cuci lebih dua hari, bau chlorine..
tah ape chemical reaction tah yang berlaku..

atau adakah sekadar halus sinasi seorang insan yang kurang tidur..

okbai...zzzzz...