Showing posts with label tl;dr. Show all posts
Showing posts with label tl;dr. Show all posts

May 13, 2012

How to blue your shirt / Cara nila itu baju




Pada suatu hari..
terdapatlah beberapa helai tudung putih yang sangat berseri putihnya sehingga menyerikan tuan tudung yang tak berape nak putih akibat selalu berjemur apekan daya cuaca panas dapat pulak kos awam yang memang kena duduk di bawah sinaran ungu yang merbahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan kanser kulit kalau cancer lagu my kemikal romance takpe jugak.


Pesanan khidmat masyarakat :
kepada siape2 yang menghidapi cancer, be strong okay, ILY :)




Beberapa bulan kemudian tudung itu berubah wajah menjadi putih kekusaman. Dah abis cite. Balik3... eh tunggu.. kalau cite superhero marvels lepas kredit ade sambungan sikit.. duk dulu..


stop!!! its hammer time~



ok dah cukup mukadimah.. sebenarnye post ni bertujuan untuk
menerangkan cara2 menila pakaian!!! u know, nila? ala yang merosakkan susu sebelanga tuu.. ya, ya whatever...

untuk pengetahuan peminat sekalian, I ni tak penah duduk asrama.. Jadi, memang lah sangat noob dalam part2 basuh baju, sidai kain, kemas bilik, tuck in cadar, kemas rumah, masak merah, jage anak, bekebun, siang ikan, semelih ayam..




Maka diumumkan statistik para lelaki yang mahu membinikan azi zatika kini menurun dari 0 peratus kepada -18.01 peratus. ade aku kesah?



Jadi, klu dah tak reti tu, belaja la kan? janganlah duduk di takuk yang lame.. kalau takuk tu ade dapat makan free hari2 boleh la..

Guru nila aku ialah roomate aku sendiri iaitu Hafifa a.k.a pipa.. beginilah step2 nye..


1. Basuh baju tu macam biase, bilas, perah.


2. Sediakan air nila sebaldi (satu baldi separuh air, nila 8-9 titik digaul sebati) nila yang sangat mainstream ialah nila Ujala.. tu kat bawah tu..


3. Kalau rasa nak biru lagi tambah la nila secukup rase (note: time baju basah memang nampak macam biru die pekat, tapi bile dah kering nanti biru die akan bekurangan)


4. Lepas tu boleh la celup2 baju tadi tu dalam nila.. sambil tu nyanyi 'nini cokolat celup, celup2!'


5. Then baju tadi tu, kebas (ni bahasa aku).. err, mcm ko nak lempar jala, tapi jgn dilempar.. hampar.. tah ape pekataan yang sesuai, sile lah rujuk kamus dewan -__- ok yang penting jangan bagi kain baju tadi tu lekat2.. ade paham.


6. Then aku masukkan baju tu dalam spinner.. (nak terus sidai pun bole)


7. Amik kain batik, tutup kepala, buat muka ayu, pastu bole pegi blakang umah dan sidai baju itu..



Tips:

1. Kalau boleh tak payah campur softlan, nanti hasil die tak menarik. ntahlah?
2. Jangan jemur bawah panas terik, nanti.. kesian baju tu sunburn :p
3. Anda pasti tertanya-tanya.. bukan ke nak putihkan pakaian pakai peluntur / Clorox?? Yang sebenarnya.... Clorox itu lebih kepada removing tough stain and menguningkan.. and2 long term, akan merosakkan fabrik.. yeah.. your whole life is a lie.. you're adopted..





sekian sukanlah negara untuk maju..







May 4, 2012

Cara mengepam tayar kapal laut



Pernah kah anda menunggang kereta lalu terasa seperti tayar itu kekurangan angin?
Itu bermakna anda gemuk, seperti saye :p


tipu je
aku mana gemuk
model kot :p


eh tipu lagi
jangan tipu2, nanti lame2 mencurik
ok bye


sila lah baca report aku di bawah ni.. ni namenye kemaruk sangat buat lab report sampai terbawa2 di dalam -mimpi- blog~




________________________________________________________________________


OBJECTIVE

  1. To ngepam the tayar of the kereta
  2. To ngurat aweks yang tak reti pam tayar kete kat petrol stesen
  3. To achieve greatness in life



THEORY


When the angin enters the tayar maka terjadilah magis di mana thor tidak mati walaupun dicampak ke laut..
Monyet juga suka melompat-lompat di padang pasir semasa hujan renyai sambil menaiki monorel ke Imbi.




APPARATUS



  1. Sebiji kereta kancil. kalo ko nak kete mahal boleh beli sendiri di kedai boncit berdekatan
  2. Sepam pengepam di pam minyak (analogue or digital oso can)
  3. Nintedo ds.



PROCEDURE



  1. Mula2 baca Bismillah.. 
  2. Tanye awek itu dengan sopan "Hoi gile, ko ni pandai ke tak pam tayar? tau tak dah lame aku tunggu turn?? dah blah la wei meh la sini aku buat.."
  3. Oleh kerana awek tu pakai kancil, set kan kat meter tu 28/200 kPa. 
  4. Dah, pegi la pam tayar tu, tak reti2 lagi??
  5. Kalau meter lama, bila angin da cukup die akan berhenti bunyi 'ting3..' 
  6. Kalau yang electronik yang baru tu, die akan bunyi..entah macamana bunyi nye lupe..
  7. Kalau tak bunyi2, ko buat lah bunyi sendiri menggunakan mulut.. piu piu piu..
  8. Dah, sekarang boleh la mintak.. bukan mintak nombo tepon, tapi mintak duit.. dari awek bertuah itu.. katakan kepada beliau dengan manja "Ko ingat aku tolong ko free ke?? nak berak pun kena bayo doposen ko tau tak!"
  9. Selepas itu boleh la berlalu pergi. awek tadi pasti terpikat. gerenti.

DISCUSSION


Based on the whatever bla3, kalau nak pam tayar pastikan sebelum 2km perjalanan.. Hal ini kerana mase tu tayar still cool.. nanti dah panas, pressure dia tak accurate.
Nak tau tayar kurang angin is bile ko bawak kete 20-35 km/j, rase macam kereta bergoyang ke sana ke mari meena kumari.
At lastly the most importantly, avoid parallax error!!!!!!!!!




CONCLUSION


I won't give up on us. Even if the skies get rough. okbai.




APPENDIX


blogger version baru ni bile internet slow nak upload gambo punye susah macam nak membina jet pejuang!!! kondominium!!




____________________________________________________________________________
















Jun 8, 2011

Budak-budak sekarang..

Fakta:






Haish,
kecik2 da ade blog..
lepas tu dalam blog 99% cite pasal pakwe..


"owh, hariniw i kapel ngan fernando, shayang biy gilew2, love you forever and ever!! oh, nak tau tak mashamanew kitew kenal? i nampak diew kat pavi, stylo gileww lah dressup diew, masham justin bibir! diew pakai spek 3D keler purple, then jaket korea (walaupun cuaca Malaysia 100 degree celcius je) lepas tew die smoking..wow, howt!!!!! malam tuew i add dia kat facebuk.. lepas chat ngan diew 3 minit, i sedar i cintew kat die sheshangatt!! so kitowng pown declare.. pashni i da bole post gamba ktowang hug2 n kish2.. awwww shuweeeet "



figure 26.3 : simpanlah aksi2 sebegini selepas kawin..

budak, budak.. dalam usia muda remaja, ape lah erti cinta sume tu.. pade aku itu lust and hiburan semata2.. tersangatlah rugi kecik2 kau dah terjebak dengan cinta monyet.. kalau kau pandai jage maruah takpe.. eh pun tak boleh jugak.. kerana satu hari nanti bila kau dah dewasa, kau mesti akan terfikir.. "wtf was i thinking??"



3 hari kemudian..


"owh i da break ngan fernando ;( sediwh gegilew lawh.. i nangis 3 hari tanpa henti.. i tak lalu makan.. penat mak i cari duit, masak beras, i tak sentuh pun sebab tengah frust tetonggeng-tonggeng.. risau mak tengok i tak makan.. tapi pedulik ape i, mak tak penting, fernando laaaaagi penting.."



figure 1.3: sedih tengok anak aku tu, kecik2 nak jadi doktor, tapi bile da sekolah menengah sibuk nak duduk shopping mall cari pakwe.. bile keluar mintak duit aku pulak tu..


hai budak, kasihanilah mak bapak korang.. penat diorang besarkan kau.. di saat mak kau lahirkan kau, bapak kau pangku kau dengan penuh kasih sayang.. azankan di telinga kau.. dalam hatinya berdoa.. 'ya Allah, jadikanlah anakku ini manusia yang berguna..' saat kau membesar, mereka lindung kau, tak bagi sikit pun tercalar.. masa kecil kau sangat rapat dengan mak n bapak.. kenapa bila remaja kau jadi musuh diorang? kawan2 n pakwe jugak yang kau dahulukan.. ingatlah, kawan2, pakwe2 come and go.. tapi mak bapak ade 1 je dalam dunia ni.. and once they go, they wont ever come back.. mase tu nak menyesal tak gune dah..




"kat skewl cikgu ajar, terbayang2 mukew fernando.. pergi toilet i berak then nampak mukew fernando dalam mangkuk tandas.. sayu hati i.. sepanjang hari i tulis dekat buku latihan 'I MISS YOU FERNANDO' ..latihan kajian tempatan i tak kisah buat.. takpe lah, kalau I dapat kapel balik dengan fernando, i boleh berhenti sekolah terus.. masa depan i lagi terjamin di samping nyew.."




figure 3456: even sekolah aku tak cool macam hogwarts.. aku still suke nak pegi..

hoi budak, tengah sekolah buat cara sekolah!!! jangan nak masuk angin sangatla.. ko ingat da tue nanti nak mintak keje ade tulis kat resume "saya berpengalaman mempunyai pakwe sebanyak 18 orang" ?? klu ko bazirkan mase skolah dengan hangout kat mall lah, shisha lah, jadah la.. ko akan menyesal di kemudian hari.. isilah mase dengan perkara berfaedah..



"hariniw i bawak moto eksiwdewn sebab nampak bayangan fernando melintas.. (ala macam bella nampak edward dalam twilight tu lahh) .. da jatuh baru sedar rupew2nye pokok togeh yang i nampak tadi tew.. cagu i dara2 u.. eh dara2 jangan sebut, sensitip you! kowg sape hah nak judge akuw?? pelacur kat lorong hj taib tu kowang tanak pulak judge?? miss pahang mak nyah dengan tema minangkabau betanduk tu kowg tanak judge?? akuw darew ke tak darew ade nyusahkan mak bapak korang??"



figure 2: takpe dik, umah akak runtuh pun takpe, adik punya pasai..

yelah tu dik.. too much Twilight is no good! haha.. jangan nak drama sangatla.. nanti Tuhan bagi bala bencana, biarlah orang yang tak berdosa ramai2 tanggung ye.. tengkiu adik..

esoknya..

"hariniw i nampak sowg mamat niw kat midbeli.. macho gilew, rambut pacak2, idung ade subang.. i pown senyewm2 kat diew, then diew bg number!! betuahnyew i!! da dapat boyfie baru!!! namew diew Ricardo.. oh Ricardo Isecson do Santos Leite bin Bedol, I LOVE YOU FOREVER!!"




figure x: wajah sebenar Ricardo


and the cycle goes on and on and on... -_______-






konklusinye.. bile ko rase ko nak buat sesuatu.. fikir2 kan lah.. adakah selepas 3 , 4 or 5 tahun lagi ko akan tengok balik benda tu, and feel proud of it?? or shamed of it?? regret much?


You ARE who you hang with. Be aware of yourself. You may start to believe and become those around you. Positive.. or negative - Selena G :p




kthnksbai ;)

May 31, 2011

Ketakutan keterbakaran

I need a ski mask!
oh, for those who doesn't know what a ski mask is..
ala, yang biase orang mesen rumput pakai tu..
nak elak muke kena batu, nak lindung dari rumput2 beterbangan..
aku panggil ski mask..

x tau gak?
ala macam dalam cite omputih yang die pegi rompak kedai kat pam minyak tu..
tgk kat cctv tak nampak muka sebab pakai ski mask..
(asal cite omputih je pengaruh buruk, stereotaip betul lah kau ni)

well, aku bukan nak rompak bank ke jual cd cetak rompak ke..
tapi aku nak buat pegi survey camp!!
haha, as funny as it sounds, but its true
yelah, aku tengok gambar dak2 yang dah pergi sesi awal2 haritu..
sangat menakjubkan
yang dulu macam edward cullen dah jadi beyonce
yang dulu macam beyonce dah jadi william gallas
(berdasarkan warna kulit, bukan jantina okey)

I called my bro and dia kate melambak je jual..
biker mask pun ade, lagi style..
tapi kang over la pulak..
lagi satu mak aku kate
ko amik je sekop mak tu, tebuk lubang untuk mate ngan mulut, dah abis cite..
good idea mak, but nothnksbai -.-

so dengan takde mende nak buat nye,
aku pun google lah cari,
mane tau bole buat sendiri..
aku kan suke buat bende..
so many interesting ski/biker masks out there!




ski mask versi 'dude, y u so serious?'



ski mask pikachu! yang agak horror sekiranya tenampak orang pakai mase tengah jalan balik keja malam2, lalu dekat taman pemainan yang sunyi sepi, pastu orang tu ikut dari belakang, bile kite benti die benti, then kite lari dia kejar, kite pun lari sekuat ati sambil jerit "tolong!!!! tolong!!!".. (sori, imaginasi tinggi)



ski mask versi Release the Kraken!! (kepada yang tak tau kraken tu ape, itu lah sotong dalam pirates of caribbean, asalnye merupakan mitos sea creature semata2.. cite omputih ni memang menyesatkan betol lah../sarcasm)




skull biker mask yang agak metal-ish and cool at the same time.. actually its a bandana.. ohh haritu abang aku ade bawak balik bandana pirates of the caribbean dari gsc.. tapi skull die kecik2, so tak boleh buat macamni.. -___-




another bandana.. domo! kinda cute, i think i wanna do this! kena seru balik dye2 aku yang berabuk bawah kusi tu.. bilik pun macam titanic pecah tak kemas2 -___- malas betul, main game rajin pulak.. kthnksbai!

May 7, 2011

It's not what I didn't feel its what I didn't show..


single



tak single



FAQ: kenape azi takde bf da sejak...? dia ghey ke?

FAG: lol, i never knew the short term for 'Frequently Answered Given' will be FAG.. hahaha

hotak kau.
gay dosa lah.
meh sini aku nak cite..

just give it a lil thought..
if you are in a relationship with someone..
there are only 2 possible outcomes..
whether you breakup, or get marry.

or.. ada orang kate..

"ala, muda2 ni couple just for fun lah..
ol skool la ko, nak pikir kawin bagai.."

ohhhhhh..
just for fun ke..


- u gonna spend lotsof money on your bf/gf (and if u breakup its just.. burnt toast coast to coast)

- u gonna waste lotsof time on the phone, arguing, bla3..

- u gonna lost your freedom dude! y do you think PRISON BREAK tu sampai season 5..? Nak tunjukkan betape berharga nye freeeeedom!!!

- u gonna like..okay this is for the baddy2 people out there.. u gonna like.. okay wont say it cause i dont do such thing and I believe all my readers didn't too :)

- u gonna.. dosa lah couple! (gilo! nnt klu korg tgk aku couple in the future, u can rub this on my face xD)



figure 3.1: couple peluk2 di bp mall
(gambar hiasan)

so, losing all this shits.. i just cant commit the same mistake :( yeah, call me ol skool or what.. i'm gonna save it all.. for the right man.. not now, for sure, i'm still young.. got many things to deal with oso.. math.. math.. y am i thinking bout that subject? -___-

okay wait maybe in..few years? rite now i'll just.. fool around i guess :p not committing to any relationships.. be friends with as many people as I could.. gain knowledge.. travel around the globe.. feed the poor.. eh, dah2 la tu.. -___-


figure 18: i nak duduk sini lah tunggu encik betul datang..



figure 73: encik betul akan datang ibarat sam tsui menunggang skuter

p/s: who says i dun wanna be in love? I am, rite now.. (refer to the title).. and as usual, I just gonna move on and let the feeling goes by... it will.. it will not? :'( yes it will.. no it wont.. nahh it will.. just kidding it wont.. it will!! ngeh..

Jan 11, 2011

I love bridges :)


Aicheh, bukan ape, tngah buat assignment structural analysis ni haa..
menarik tahu
aku minat kat bangunan
tapi kenapa tah bangunan tak minat kat aku
sebab sem lepas mekanik bahan aku macam majinbu..
ah, persheton kan semua tu!
sem ni aku blaja rajin2!
(same thing every year)
lalala~

MySpace

ok lah malas nak bebel bnyk2
tak siap keje skolah aku nanti kang..
nah tgk gambo dengan explaination:



  • A suspension bridge is a type of bridge in which the deck (the load-bearing portion) is hung below suspension cables on vertical suspenders. (source Wiki-apedia)



Contoh suspension bridge ialah Golden Gate Brid
ge, San Francisco! I love this bridge pretty muchos! sebab kan, dia trademark yang cantik, then dalam cite Charmed (my childhood favourite story. ever.) selalu la kuar visual bridge ni, ada waktu siang, malam, time berkabus.. Oh so indah u know, rasa macam nak duduk situ, tak kisah la buat umah bawah jembatan pon takpe. Ini lah dari kecik dok tengok cite omputih, da besau jadi lah ia pro-barat.heee :p


_____________________________________________

  • A cable-stayed bridge is a bridge that consists of one or more columns (normally referred to as towers or pylons), with cables supporting the bridge deck.


Contoh cable-stayed bridge ialah jambatan ke dua Muar!! hoyeh2.. haa, sape kata aku pro-barat? Aku suka muar tau.. Muar cantik walau pun takde midbeli ke, OU ke.. kat Muar ade kopi sedap, mee bandung sedap, and yang paling penting ade umah aku yang sedap di duduk :p Oh mak, weekend ni saye balik umah ok.

kthnksbai.




Jan 1, 2011

Kisah kereta rosak di highway.


Assalamualaikum :p


Ha, harini I nak cerita lah kan. Pasal kete rosak kat highway haritu. Nak kongsi pengalaman la kunun nye. Padahal aku sorang je yg baca blog aku ni. HUHUHUHU.

Okay haritu kan I balik Bangi dengan my abang, akak ipar and mum. Lepas Isya' bertolak. Tibe2 kat highway tu perut mak I dah berkeroncong mendendangkan lagu Enrique (eh kelakar nya). So walaupun mmg tak pernah berhenti kat R&R (kecuali nak shi shi atau nak erk erk), behenti la jugak sebab nak makan. Kat Air Keroh, melaka.

My mum pun rasa macam tak best la nak berhenti sebab kawan die penah cite, anak beliau punya kereta pernah kena sabotaj time berhenti kat R&R. Tapi takpe lah kan tgk kiri kanan bnyk kete. Klu ade nak sabotaj pun mungkin dia pilih kete lain kan (optimistik la konon).

Nak pendek kan cite, lepas da mkn tu, masuk la kete. Ade bau hangittt. Check2 tgk macam takde bnde. Aku pun takde melepaskan angin. Lalu sambung lah journey. Vroom2 kete dalam 1km mcm tu, tiba2 enjin menderam (kuih deram aku suka). Kat bonet kuar asap berketul2. Nasib baik ada exit yang lengang kat hiway time tu.

So pull over lah. Kuar kete. Bukak but tgk. Ala macam megan fox buat tu, tapi abg aku buat lagi seksi lah. :p tak smpai seminit pastu, ada lah 1 pajero Mitsubishi datang. WEK 2922. 2 orang India keluar. Dia tanya "rosak eh?". pastu dia kuarkan lampu suluh and suluh sana sini. Terus dia detect ape rosak. Dia bla3 ngan abg I. Kata boleh hantar bengkel kawan dia, RM180 je bayar settle sume.


^knight in shining armor la konon

Time tu mak I pun ibarat mendapat premonition or deja vu xD dia tanak layan india tu, dia kata dia nampak mereka time kat R&R tadi. Fikir2 lah sendiri kan.. Tapi my abang malas nak tunggu PLUS ronda ke roda roda kuala lumpur ke, sebab da malam, da dekat kul 12. So lepas sedikit adegan royal debate, my abg pun setuju nak suruh india tu betul.

Lepas tu kena tow dgn tow truck. Time tu mak I bergelak ketawa pulak eksaited sebab tak penah kena tow -___- sampai bengkel. Kat seremban. Ada naik bukit sikit. Sunyi je tempat tu. Then hantar la ketang ketung (bunyi kete kena betul) Abang aku lg sorang dari bangi datang amik aku ngan kaum hawa yg lain balik rumah dia.



^kena tow. tak best mana pun

Esok nya tgk kete abg aku tak siap lagiii.. Apa da, kata 2 jam da siap. Ade pulak lah die kate GEARBOX pecah. Kena RM2250. Kasihan abg ku. Adakah dia kena pwnd dgn mahluk2 tersebut? Aku pun tak tahu. Tuhan saje yang tahu. Kthnksbai.

(akhir cerita kurang memberangsang kan sebab dah malas xD)

pastu last week mak cik aku tepon mak aku. dia kata dia pun kena gak, RM2k++ sebab ganti gearbox lepas ROSAK lepas BENTI KAT R&R..