May 13, 2012

How to blue your shirt / Cara nila itu baju




Pada suatu hari..
terdapatlah beberapa helai tudung putih yang sangat berseri putihnya sehingga menyerikan tuan tudung yang tak berape nak putih akibat selalu berjemur apekan daya cuaca panas dapat pulak kos awam yang memang kena duduk di bawah sinaran ungu yang merbahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan kanser kulit kalau cancer lagu my kemikal romance takpe jugak.


Pesanan khidmat masyarakat :
kepada siape2 yang menghidapi cancer, be strong okay, ILY :)




Beberapa bulan kemudian tudung itu berubah wajah menjadi putih kekusaman. Dah abis cite. Balik3... eh tunggu.. kalau cite superhero marvels lepas kredit ade sambungan sikit.. duk dulu..


stop!!! its hammer time~



ok dah cukup mukadimah.. sebenarnye post ni bertujuan untuk
menerangkan cara2 menila pakaian!!! u know, nila? ala yang merosakkan susu sebelanga tuu.. ya, ya whatever...

untuk pengetahuan peminat sekalian, I ni tak penah duduk asrama.. Jadi, memang lah sangat noob dalam part2 basuh baju, sidai kain, kemas bilik, tuck in cadar, kemas rumah, masak merah, jage anak, bekebun, siang ikan, semelih ayam..




Maka diumumkan statistik para lelaki yang mahu membinikan azi zatika kini menurun dari 0 peratus kepada -18.01 peratus. ade aku kesah?



Jadi, klu dah tak reti tu, belaja la kan? janganlah duduk di takuk yang lame.. kalau takuk tu ade dapat makan free hari2 boleh la..

Guru nila aku ialah roomate aku sendiri iaitu Hafifa a.k.a pipa.. beginilah step2 nye..


1. Basuh baju tu macam biase, bilas, perah.


2. Sediakan air nila sebaldi (satu baldi separuh air, nila 8-9 titik digaul sebati) nila yang sangat mainstream ialah nila Ujala.. tu kat bawah tu..


3. Kalau rasa nak biru lagi tambah la nila secukup rase (note: time baju basah memang nampak macam biru die pekat, tapi bile dah kering nanti biru die akan bekurangan)


4. Lepas tu boleh la celup2 baju tadi tu dalam nila.. sambil tu nyanyi 'nini cokolat celup, celup2!'


5. Then baju tadi tu, kebas (ni bahasa aku).. err, mcm ko nak lempar jala, tapi jgn dilempar.. hampar.. tah ape pekataan yang sesuai, sile lah rujuk kamus dewan -__- ok yang penting jangan bagi kain baju tadi tu lekat2.. ade paham.


6. Then aku masukkan baju tu dalam spinner.. (nak terus sidai pun bole)


7. Amik kain batik, tutup kepala, buat muka ayu, pastu bole pegi blakang umah dan sidai baju itu..



Tips:

1. Kalau boleh tak payah campur softlan, nanti hasil die tak menarik. ntahlah?
2. Jangan jemur bawah panas terik, nanti.. kesian baju tu sunburn :p
3. Anda pasti tertanya-tanya.. bukan ke nak putihkan pakaian pakai peluntur / Clorox?? Yang sebenarnya.... Clorox itu lebih kepada removing tough stain and menguningkan.. and2 long term, akan merosakkan fabrik.. yeah.. your whole life is a lie.. you're adopted..





sekian sukanlah negara untuk maju..







1 comment:

Anonymous said...

Cute :) haha